Thursday, January 26, 2012

Sir, Madam , PLEASE BE NICE TO ME !

Assalamualaikum..

Hari neyh Alhamdulillah aku dapat offer job interview from two different bank..tapi bank ape terpaksa dirahsiakan la..

First call at 10.59 am..i got call from 1 person..oke, beliau offer keje n ofis pon dekat jugak ngan rumah..so sembang sembang, beliau memang ramah tamah la kan..da banyak sangat sembang nye upenye aku penah jumpa encik neyh sebab nak wat esaimen punye pasal..and then oke la beliau soh g interview next week..aku pon oke sir, insyaAllah kalo tade pape saya datang..


Second call at 5.13 pm from another bank..first oke lagi, tanya full name aku..yes, I'm Ezzah Noor..then aku tanya..cik ni siapa ye? dari mana? aku tanya gitu then tak pasal pasal dye marah aku balik..."saya dari Bank ***********, saya ni da 20 orang saya call da penat nak cakap..*hampes tak jawapan seorang pegawai cenggitu?*..

Bank ********* : esok awak datang interview ye pukul 2 pm ..
Me                      : Esok? saya tak janji la cik..kat mana ye?
Bank *********: kat Georgetown..awak nie memang tolak tuah lah..
Me                      : Bukan tolak tuah, tapi saya tade planning pape lagi esok..
Bank *********: Takpelah kalo awak tak berminat..

Waddefish la kan, kalo dye kasik aku masa boleh la aku trime gak..ini da la call da lewat petang pastu soh g Georgetown tu petang esok..tak gilo ka? Memang lah Penang and Perak tu dekat je..laen la kalo aku ade sdare kat sana..malam nie trus aku siap pergi sana weh...

Aku rasa lah kan, diorang as orang yang da lama berkhidmat nie or boleh kata orang berpengalaman, patut nya gunakan otak yang Allah da beri tu dengan sebaiknya..hormat lah orang sikit walo pon aku nie hanya lah seorang penganggur..ces nak sedap sket aku adelah sorang fresh graduate..kehkehkeh...

Ni taw nak marah orang aje..hormat la orang sikit wehhh..aku pon ade prasaan gak..beza taw layanan ko ngan Bank ********..da nak offer orang kerja pon ada adabnya..bukan maen redah je..aku rela tak kerja lagi dari kerja bawah kooooooo..puihhhhhh !

Teringat dulu masa aku kat kampus..ade jugak la sorang hamba Allah nie..pangkat ape aku tak tahu..tapi yang pasti orang penting jugak la..tak beradab jugak..ade ke nak soh aku n the geng yang terhalang laluan dye tepi sket tapi guna nada yang kasar..heyy,felis la incik..kitowang nie bukan hamba kau nak marah marah..

Ni lah manusia, bila dia diatas, dye rasa macam nak pijak pijak orang bawahan .. Tunggu lah nasib dye kalo dye berada di bawah nanti !

Sunday, January 8, 2012

.: the 1st STEP :.

Assalamualaikum..

I'm happy today..thanx wat insan2 yang dah kasik heppy kat aku hari neyh...thanx bawa insan2 yang bakal merestui hubungan kite..i hope so..soon..InsyaAllah..

**senyum sengsorang ^_____________________^ **

Thursday, January 5, 2012

.: Kahwin Secara Islam or Melayu :.

Assalamualaikum..

Actually aku terpegun bila baca cerita gadis neyh dari belog HIJRAH REMAJA (credit to them)...Mampukah aku menjadi seperti dirinya? 


Nota : Bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih, mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal.
Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa...? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)


Subhanallah...



Sunday, January 1, 2012

.: 010112 yeah 1st entry on new year :.


Assalamualaikum..

Salam Tahun Baru Masihi kawan kawan..saje kasik pembuka entry di tahun baru 2012 neyh kan..

Tahun Baru kompem sume pakat ada azam baru kan?apekah azam baru..adekah mahu meng-update status hari hari? oh no aku adalah sangat pemalas giler sebabnye non hado idea..kikikiki..

tahun 2012..umur aku nak masuk 23 la tahun neyh..yeah..da buleh kawen ekeke..kawen apo koje pon non ado laie kan..tabuleh tabuleh..mungkin kawen akan jadi azam di tahun akan datang..eh azam ke tew?? hihi

doakan aku berpeluang ke Tanah Suci awal tahun neyh kengkawan...teringin sangat nak ke sana...bukan senang kan nak ke sana..da ada peluang..jangan lepaskan..cuma ada kos lepas disitu..nak kerja or nak g Tanah Suci...dan aku rasa pilihan aku tepat...ameen...moga Allah mempermudahkan lagi urusanku...



dak Qaisara




dak Anas


rindu nak jumpa ngan dak dak neyh...dua dua pakat dok tayang gigi baru hihihi...comel..paling penting diowang dah leh jalan...tak jatuh jatuh da...suke tengok...cumellllllllllll !