Friday, September 27, 2013

.: Rama-rama Dalam Perut :.

Assalamualaikum semua sahabat. Kite update blog sebulan sekali je haha. Nampak nau takde citer menarik kan. Tetiba pagi ni ada pula nak diceritakan. Nampak benor macam best jer hikss.

15 September lepas rasa macam dah lewat 4 hari period. Musykil adakah kesan dari makan collagen. Sebabnya sebelum ni makan collagen tu 12 hari aku lewat datang period. Punye la excited cek upt sekali negatif haha kuciwa hati taw.

Then, nak tenangkan hati pagi 15 September tu bangun Subuh je terus masuk toilet shishi dan buat upt test. Jantung jangan cakaplah, every time buat home test memang dupdapdupdap. Neves giler ok. Then tunggu la kejap..tetibe naik 2 line. Tapi kat Test line tu macam faint. Betul ke tidak nye hah test ni? Saja la letak atas tingkap dengan harapan husband aku tak nampak la benda alah tu. Haha. Tapi dia pandai berlakon, dah tengok UPT tu baru sibuk tanya wife dye dah test ke belum. Drama betoi laki aku nih.

Oleh sebab takmo tertanya-tanya petang tu dok la pusing-pusing cari Klinik. Kebanyakan nya tutup hari Ahad kan, dah lewat petang baru dibuka. Pusing lagi.sampai jumpa klinik As-salam, 24 jam k.

Kitorang still nervous sebab betoi ka kenn positif, takutlah tetiba je negatif acaner?? Tapi aku da sedia if ada Alhamdulillah, kalau sebaliknya usaha lagi. First, doktor minta buat Urine Test dan syukur sebab POSITIF jua walau line still faint. Then doktor scan perut aku, nasib dari atas dan bukan dari bawah. Weeee sakit kot kalau dari bawah, orang kata la.

Masa scan doktor tunjuk lah satu bentuk tu, halua comel kecik aje. Tu lah kantung babyku. Baru terbentuk kantung, belum ada janin lagi. Coz masa cek tu baru je 5 weeks. Baru sesangatkan. Alhamdulillah, anak ibu dah 7 weeks. Moga sihat-sihat aje ye dalam rahim ibu ni. 9 bulan penantian, syukur pada Mu ya Allah :-)

" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada didalam rahimku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada di rahimku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahimku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikan dia sihat sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatknlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguakanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."

Ameen..





Thursday, July 11, 2013

.: Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi :.

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak 1434 H. Yang paling special tahun ni Ramadhan bersama orang baru, ye Encik Suami saya lah. Hikss. Bersahur dan berbuka bersama lah kita berdua sesaja.

Kalau tidak, Ramadhan sebelum-sebelum ni dengan family, tak pun dengan kengkawan U. Kalau dengan family memang bestlah, aternye bangun sahun omak dah sediakan semua (Pftt, anak dara malas haha). Berbuka pulak, sama-sama sediakan juadah. Kalau Ramadhan dengan kengkawan, apa lagi kita tunjuk-tunjuk saje kat Bazar Ramadhan ye dak. Ater mana ke dapurnya nak masak. Berbuka mesti nak kena kumpul satu bilik, kasik padat-padat. Sembang-sembanglah kau sampai kekenyangan. Elok je dah masuk Isya' semua kalut nak Solat Terawih lak. Kitorang solat Terawih berjemaah kat Dewan Koleh Kediaman je. Kadang-kadang pergi jugak masjid hehe. Sahur pulak, diorang rajin cari kat cafe. Aku ni al-PEMALAS sikit, minum air dan roti sudehh. 

Sekarang, bila dah bersuami, sahur dan berbuka haruslah kena sedia. Alhamdulillah dah lepas Ramadhan yang pertama. Hajat dihati nak lah masak kan untuk berbuka. Sekali, balik ofis lewat then haruslah jem pulak dijalan. Alih-alih kita beli di bazar saje. HAHAH. Tak koser aku nak masak dah dekat pukul 7.00 pm.

Tapi semalam haruslah masak untuk sahur jugakkan. Akhirnya jadi jugak KARI KEPALA IKAN GERUT-GERUT (kata mak mertua aku lah). Aku tak pernah makan pon ikan gerut-gerut sebelum ni. Hah nih dia presented to you, dalam periuk lagi :)


Taraaaaaaaaa :p



Lepas masak, kepenatan je rasa. Tidur kejap, ingat nak bangun tarawikh pastu. Memang non ado la kalau dah dua-dua tertidur kan ruang tamu tu. Mari tanamkan azam untuk Tarawikh ke 3 dan seterusnya. Amin amin :)

Friday, April 27, 2012

.: Barakah Jumaat :.





Jangan pernah mengeluh atas apa2 yang diberikan Allah kepadamu kabarkan kepada Nya bahwa engkau ikhlas dan bersyukur atas segala keputusan Nya..









Friday, March 30, 2012

.: 23 :.




Assalamualaikum..

Setelah 2 minggu menprivatekan blog..akhirnya muncul ngan entry baru..hihi..


Tanggal 30 Mac 1989, 9:45 am..lahirlah seorang bayi..di sebuah rumah di Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar..

Bayi perempuan itu diberi nama Ezzah Noor Bt Noorul Kamar..

dan kini tumbuh membesar menjadi seorang gadis yang sudah pun menginjak ke usia


23 TAHUN..

Alhamdulillah, Syukran Ya Allah !




kepada yang berkenaan, sila sila hadirkan diri dengan SR Cake..hik2..saya mengidamlah :)

Thursday, January 26, 2012

Sir, Madam , PLEASE BE NICE TO ME !

Assalamualaikum..

Hari neyh Alhamdulillah aku dapat offer job interview from two different bank..tapi bank ape terpaksa dirahsiakan la..

First call at 10.59 am..i got call from 1 person..oke, beliau offer keje n ofis pon dekat jugak ngan rumah..so sembang sembang, beliau memang ramah tamah la kan..da banyak sangat sembang nye upenye aku penah jumpa encik neyh sebab nak wat esaimen punye pasal..and then oke la beliau soh g interview next week..aku pon oke sir, insyaAllah kalo tade pape saya datang..


Second call at 5.13 pm from another bank..first oke lagi, tanya full name aku..yes, I'm Ezzah Noor..then aku tanya..cik ni siapa ye? dari mana? aku tanya gitu then tak pasal pasal dye marah aku balik..."saya dari Bank ***********, saya ni da 20 orang saya call da penat nak cakap..*hampes tak jawapan seorang pegawai cenggitu?*..

Bank ********* : esok awak datang interview ye pukul 2 pm ..
Me                      : Esok? saya tak janji la cik..kat mana ye?
Bank *********: kat Georgetown..awak nie memang tolak tuah lah..
Me                      : Bukan tolak tuah, tapi saya tade planning pape lagi esok..
Bank *********: Takpelah kalo awak tak berminat..

Waddefish la kan, kalo dye kasik aku masa boleh la aku trime gak..ini da la call da lewat petang pastu soh g Georgetown tu petang esok..tak gilo ka? Memang lah Penang and Perak tu dekat je..laen la kalo aku ade sdare kat sana..malam nie trus aku siap pergi sana weh...

Aku rasa lah kan, diorang as orang yang da lama berkhidmat nie or boleh kata orang berpengalaman, patut nya gunakan otak yang Allah da beri tu dengan sebaiknya..hormat lah orang sikit walo pon aku nie hanya lah seorang penganggur..ces nak sedap sket aku adelah sorang fresh graduate..kehkehkeh...

Ni taw nak marah orang aje..hormat la orang sikit wehhh..aku pon ade prasaan gak..beza taw layanan ko ngan Bank ********..da nak offer orang kerja pon ada adabnya..bukan maen redah je..aku rela tak kerja lagi dari kerja bawah kooooooo..puihhhhhh !

Teringat dulu masa aku kat kampus..ade jugak la sorang hamba Allah nie..pangkat ape aku tak tahu..tapi yang pasti orang penting jugak la..tak beradab jugak..ade ke nak soh aku n the geng yang terhalang laluan dye tepi sket tapi guna nada yang kasar..heyy,felis la incik..kitowang nie bukan hamba kau nak marah marah..

Ni lah manusia, bila dia diatas, dye rasa macam nak pijak pijak orang bawahan .. Tunggu lah nasib dye kalo dye berada di bawah nanti !

Sunday, January 8, 2012

.: the 1st STEP :.

Assalamualaikum..

I'm happy today..thanx wat insan2 yang dah kasik heppy kat aku hari neyh...thanx bawa insan2 yang bakal merestui hubungan kite..i hope so..soon..InsyaAllah..

**senyum sengsorang ^_____________________^ **

Thursday, January 5, 2012

.: Kahwin Secara Islam or Melayu :.

Assalamualaikum..

Actually aku terpegun bila baca cerita gadis neyh dari belog HIJRAH REMAJA (credit to them)...Mampukah aku menjadi seperti dirinya? 


Nota : Bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih, mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal.
Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa...? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)


Subhanallah...