Tuesday, October 26, 2010

.: Sahabat :.

Sahabat ,

Aku tak pernah menjangkakan kehadiran kamu lagi, 

Ya, kerana aku dan dirimu adalah dua watak yang sangat berbeza,

Kita mungkin dibesarkan di persekitaran yang sama, mendapat pendidikan yang sama, 

Tapi, aku mungkin sudah tersalah jalan barangkali yang membuatkan aku lari dari apa yang telah aku pelajari.


Sahabat,

Aku bersyukur kepada Allah ,

Membuka hatimu untuk menegur aku barangkali,

Menegur kesilapan yang telah aku lakukan selama ini,

Kesilapan yang aku sedar tapi tetap juga aku lakukan.


Sahabat, 

Terima Kasih atas segala ilmu yang telah kau kongsikan kepada aku, 

Terima Kasih atas segala nasihat yang telah kau berikan,

Terima Kasih atas Segala teguran darimu untuk ku,

Walau sememangnya perit untuk aku mendengar dan menerimanya, 

Tapi aku tahu itu semua untuk kebaikan diriku.


Sahabat, 

Kepemergianmu amat aku rasai, 

Sepertinya aku akan merasa berjauhan darimu, 

Tiada lagi peneman di hari hari ku,

Peneman pemberi kata kata nasihat dan ilmu untukku,

Tapi kau tetap akan aku ingat walau kau jauh beribu batu.


Sahabat

Kemunculanmu tanpa aku jangka, 

Kepemergian kamu juga, 

Seakan masa berlalu begitu pantas,

Namun aku redha, berjihadlah kamu di Jalan Allah.


Sahabat

Aku menyayangi kamu kerana ALLAH SWT.



No comments: